Posisi Semalaman

Kadar Peralihan di XM

Kadar Swap yang Kompetitif

Kadar Pertukaran Telus

Dagang Forex, Logam Berharga, Indeks Ekuiti dari 1 Akaun.
Akses serta merta ke pasaran global dengan platform dagangan MT4 atau MT5 XM.

Mengekalkan Posisi Dagangan Terbuka Anda Semalaman

Posisi dagangan yang dibiarkan terbuka semalaman mungkin akan dikenakan faedah peralihan. Dalam instrumen forex, jumlah yang dikredit atau dicaj bergantung kepada kedua-dua posisi dagangan yang diambil (iaitu belian atau jualan) dan perbezaan kadar di antara dua mata wang yang didagangkan. Dalam saham atau indeks saham, jumlah yang dikredit atau dicaj bergantung kepada sama ada posisi dagangan yang diambil iaitu belian atau jualan.

Harap maklum bahawa faedah peralihan hanya terpakai untuk instrumen tunai. Bagi produk niaga hadapan yang mempunyai tarikh luput, tidak mempunyai caj semalaman.

Mengenai Peralihan Rollover

Rollover adalah proses melanjutkan tarikh penyelesaian (tarikh iaitu perdagangan yang dilaksanakan mesti diselesaikan) kedudukan terbuka. Pasaran forex membolehkan dua hari perniagaan untuk menyelesaikan semua dagangan spot, yang membayangkan penyerahan fizikal mata wang.

Walau bagaimanapun, dalam dagangan margin tiada sebarang penyerahan dalam bentuk fizikal dan semua posisi dagangan terbuka hendaklah ditutup setiap hari pada penghujung hari (22:00 GMT) dan dibuka semula pada hari dagangan berikutnya. Oleh itu, ini menyebabkan terjadinya pembayaran untuk satu hari dagangan lagi. Strategi ini dipanggil sebagai peralihan.

Peralihan dipersetujui melalui kontrak swap yang hadir sebagai kos atau keuntungan kepada para pedagang. XM tidak menutup dan membuka semula posisi dagangan tetapi hanya mendebit atau mengkreditkan akaun dagangan untuk posisi dagangan yang dibiarkan terbuka semalaman bergantung kepada kadar faedah semasa.

Dasar Penyerahan XM

XM mendebit atau mengkreditkan akaun pelanggan dan menjalankan faedah peralihan pada kadar yang kompetitif untuk semua posisi dagangan yang dibiarkan terbuka selepas 22:00 GMT, iaitu titik penggalan harian bank.

Walaupun tiada peralihan pada hari Sabtu dan Ahad kerana pasaran ditutup, bank masih mengira faedah ke atas mana-mana posisi yang dibiarkan terbuka pada hujung minggu. Bagi menyelaraskan jurang masa ini, XM mengenakan caj peralihan 3 hari pada; hari Rabu untuk Forex dan Logam Spot (Emas dan Perak); hari Jumaat untuk CFD pada Indeks Tunai, Tenaga Tunai dan Saham.

Mengira Peralihan

Untuk Forex dan Logam Lani (Emas dan Perak)

Kadar peralihan untuk posisi dagangan pada instrumen forex dan logam lani adalah dicaj berdasarkan kadar hari esok-berikut (iaitu hari esok dan lusa) termasuk tokokan oleh XM kerana mengekalkan posisi dagangan semalaman. Kadaresok-berikut adalah tidak ditentukan oleh XM tetapi diperolehi daripada perbezaan kadar faedah di antara dua mata wang yang telah diambil dalam posisi dagangan.

Contoh:

Misalnya anda berdagang USDJPY dan kadar esok-berikut adalah seperti berikut:
+0.5% untuk posisi dagangan belian
-1.5% untuk posisi dagangan jualan
Dalam senario ini, kadar faedah di AS adalah lebih tinggi daripada di Jepun. Posisi dagangan belian dalam pasangan mata wang yang dibiarkan terbuka semalaman akan menerima +0.5% - tokokan XM.
Sebaliknya, untuk posisi dagangan jualan pengiraannya ialah -1.5% - tokokan XM.

Secara umumnya, pengiraan adalah seperti berikut:

Saiz dagangan X (+/- kadar esok-berikut – tokokan XM)*

Di sini +/- bergantung kepada perbezaan kadar di antara dua pasangan mata wang yang diberikan.

*Jumlah ini diterjemahkan kepada titik mata wang daripada mata wang kedua yang disebut.

Untuk Saham dan Indeks Saham

Kadar peralihan untuk posisi dagangan bagi saham dan indeks saham ditentukan oleh kadar tersembunyi antara bank pada saham atau indeks (sebagai contoh, untuk sekuriti Australia yang disenaraikan, ia akan menjadi kadar faedah di antara bank-bank Austalia bagi pinjaman jangka pendek), plus/minus tokokan XM untuk posisi dagangan jualan dan belian.

Contoh:

Misalnya anda berdagang dalam Unilever (saham yang tersenarai di UK) dan kadar antara bank jangka pendek di UK adalah 1.5% setahun, untuk posisi dagangan belian yang dibiarkan terbuka semalaman, pengiraan adalah seperti berikut:
-1.5%/365 – tokokan harian XM
Sebaliknya, pengiraan untuk posisi dagangan jualan adalah +1.5%/365 – tokokan harian XM.

Secara umumnya, pengiraan adalah seperti berikut (dengan kadar harian seperti yang tertera di bawah):

Saiz dagangan X harga tutup X (+/- kadar antara bank jangka pendek – tokokan XM)

Di sini +/- bergantung kepada sama ada salah satu posisi dagangan belian atau jualan telah memasuki pasaran untuk sesuatu instrumen.

CFD Mata Wang Kripto

Kadar peralihan (rollover) untuk posisi pada produk CFD Mata Wang Kripto ditentukan oleh kos pembiayaan leveraj yang berkaitan dengan aset asas, serta keadaan pasaran semasa. Kadar peralihan juga mungkin meningkat semasa tempoh kegawatan ekonomi atau ketidakstabilan pasaran, disebabkan oleh persepsi risiko yang tinggi. Fi semalaman untuk CFD Mata Wang Kripto dikenakan dari hari Isnin hingga Jumaat. Namun begitu, sila ambil maklum bahawa kami mengenakan caj tiga kali ganda pada hari Jumaat.

Contoh:

Pengiraan berikut boleh digunakan untuk menganggarkan caj semalaman bagi posisi pada produk CFD Mata Wang Kripto:
Volum Dagangan x Saiz Kontrak x Saiz Tick x Nilai Swap

* Nilai Swap untuk CFD Mata Wang Kripto disediakan dalam 'mata' dan boleh diakses dengan mudah pada platform kami.

** Anggaran amaun ditukar kepada mata mata wang bagi mata wang sebut harga yang berkaitan.

Tempahan Rollover

22:00 GMT dianggap sebagai permulaan dan pengakhiran hari dagangan. Sebarang posisi dagangan yang dibiarkan terbuka pada tepat 22:00 GMT adalah tertakluk kepada kadar peralihan dan akan dibiarkan terbuka semalaman. Posisi dagangan yang dibuka pada 22:01 tidak tertakluk kepada kadar peralihan sehingga keesokan harinya tetapi jika anda membuka posisi dagangan pada 21:59, kadar peralihan akan dikenakan pada 22:00 GMT. Untuk setiap posisi dagangan terbuka pada 22:00 GMT, kredit atau debit akan dipaparkan dalam akaun anda dalam masa satu jam.

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leveraj mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila pertimbangkan Pendedahan Risiko kami.