Sertai ruang pendidikan pada masa nyata dalam bahasa Melayu. Lihat Di Sini LIVE
Alami pengalaman dagangan mudah alih yang lebih lancar dengan aplikasi XM baharu dan dipertingkatkan.
Sekiranya anda sedang memuat turun aplikasi kami buat kali pertama, ikuti proses tiga langkah mudah di bawah untuk mula. Sekiranya anda sudah mempunyai aplikasi versi lama kami, sila kemas kini kepada versi terbaru.
Mula berdagang di mana-mana sahaja hari ini!
Langkah 1
Cari aplikasi XM pada app store telefon anda, atau ikuti pautan di bawah
Langkah 2
Sekiranya anda pelanggan sedia ada, log masuk dengan kata laluan anda. Sekiranya anda baru bersama XM, daftar akaun anda melalui aplikasi
Langkah 3
Lengkapkan proses untuk menghidupkan dan menjalankan akaun anda. Setelah disahkan dan log masuk, anda telah bersedia untuk berdagang!
Untuk mendapatkan akses Aplikasi XM, anda perlu memuat turun dari Apple App atau Google Play dengan mencari XM.COM. Untuk mula menggunakan aplikasi ini, muat turun, ikuti semua langkah membuka akaun, lakukan deposit dan mula berdagang dengan segera. Anda juga boleh membuka akaun Demo dan menggunakannya untuk latihan.
Kedua-dua akaun MT4 dan MT5 disokong oleh Aplikasi XM. Pelanggan baharu boleh membuka akaun MT4/MT5 melalui Aplikasi XM, manakala pelanggan sedia ada boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk membuka akaun tambahan MT4/MT5. Sebarang akaun yang dibuka melalui Aplikasi XM turut boleh digunakan pada platform MT4/MT5 kami.
Ya, anda boleh melog masuk menggunakan akaun MT4/MT5 anda yang sedia ada, dan menggunakan Aplikasi XM untuk berdagang, membiayai serta menguruskan akaun.
Sekiranya anda merupakan pelanggan sedia ada dengan akaun MT4/MT5, anda boleh membuka akaun tambahan melalui Aplikasi XM tanpa perlu menyerahkan semula sebarang dokumen pengesahan. Namun begitu, jika anda merupakan pelanggan baharu, anda boleh mengesahkan akaun MT4/MT5 anda langsung menerusi Aplikasi XM dengan menyerahkan semua dokumen pengesahan yang diperlukan (s.c. bukti pengenalan diri dan bukti alamat kediaman).
Pada Aplikasi XM, anda boleh berdagang semua instrumen yang tersedia di XM termasuk CFD Saham, CFD Indeks Saham, Forex, CFD pada Logam Berharga dan CFD pada Tenaga.
Anda boleh menggunakan Aplikasi XM atau platform MT4/MT5 sepanjang anda menjadi pemegang akaun MT4/MT5 yang sah. Platform MT4/MT5 anda akan memaparkan sebarang aktiviti dagangan yang dijalankan melalui Aplikasi XM dan begitu juga sebaliknya.
Anda boleh menggunakan Aplikasi XM untuk menguruskan dana akaun anda. Anda boleh melakukan deposit, pengeluaran dan menghantar dana antara akaun dagangan anda melalui Aplikasi XM.
Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leveraj mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila pertimbangkan Pendedahan Risiko kami.